kamus orang lepih~!! hoho
Sunday, June 12, 2011
A
1. Ampuh = tenggelam, melimpahi sampai
2. Awih = Ajak
3. Aok = Awak
#
B
1. Belerjih = basah kuyup @ basah berjeruk
2. Berdelo = Lambat
3. Bercerakoh = tempat yang tak rata
4. Biroh = Menggatal
5. Bekah = Koyak
6. Beringo = Beritahu
7. Berladung = kuah banyak
8. Bedego-dego = Cakap besar
9. Bejelobe' = daging tiada isi penuh lemak @ lendir
10. Berbe'ke = Bercerita @ bercakap
11. Bere = Lebam
12. Berpino = Pening
13. Bedero = Gotong royong
14. Berado = Ajakan menemani bermalam di rumah kawan yang sudah lama tak jumpa.
15. Belebas = Kayu frame dinding
16. Berkelimat = Berjimat cermat
17. Bake' = Akibat timbok gulai lemak tidak beterusan
18. Bongok = Bodoh
19. Belebe = Air liur meleleh
20. Bercempere = Bertempiaran
21. Bekrebut = memeluk kuat
22. Berlabok = berselerak
23. Boje' = pusat tersembol
24. Berkrolong = Berbaring tanpa selimut menahan kesejukan
25. Bergalor = bercalar
26. Bedenei =
27. Berkepuh = Berdebu
28. Betas = Koyak sikit
29. Bentan = Bengkak
30. Beragan = sia-sia
31. Bekelebi = permukaan yang tidak rata
32. Babe' = degil
33. Bekrete = tali/rambut yang bergumpal
34. Bercelih = berbeza
35. Belempik = basah kuyup
36. Bergelimut =
37. Beghume = buat tanaman padi bukit
38. Belemin = berminyak
39. Bersurah = Bercerita
40. Belampo = Melampau
41. Bejureh = betul lurus
42. Bekeruh = Tidor berbunyi
43. Berteter = berjujuk
44. Berengpa = banyak barang
45. Bereytong = berkisah
46. Bukan Perentan = Bukannya masa
47. Bergelewak =
48. Bedekah = Ketawa kuat
49. Belenje = Air liur meleleh selalu
#
C
1. Centum =
2. Cering kertas = Koyak kertas
3. Cengkelik = Hampir lemas
4. Cengkit = baju rasa ketat di leher
5. Cungkam Mangkin = Lintang Pukang
6. Cakbok = Bersepah
7. Cakne = Peduli
8. Cekok = Yakin
9. Cenge-nge = tidak boleh bergurau dan mudah nak menangis
10. Ceke'lat = tipu
11. Centing = mengangkat sesuatu yang ringan dengan mudah
12. Coho = Lumpur
13. Ceretik = berderet
14. Cance = Sudu panjang
15. Ceko = Mengenggam
16. Caruk = lembah
17. Cempeghe = lintang pukang
18. Cego = Jeram
19. Cemok = petai nak keluar buah
20. Cero = hancur
21. Cuak = takut
22. Capuk = Pegang
23. Cedit = tumbuh
24. Cekas = cergas
25. Cerah boley = cerah di awal pagi
26. Cago = harap
#
D
1. Demoh = kaedah perubatan tradisional
2. Deruwoh = menghalau binatang
3. Dedo = panas sikit
4. Dan = sempat
5. Dogok = Suge @ hantuk
6. Dabe = kolar baju
7. Dompok = Pendek dan tumpul
8. Demeh = Kamu
#
E
1. Ensut = anjak sikit
#
G
1. Gungde = Baling
2. Gere = Gigit dengan rasa geram
3. Getik = juga
4. Gonyeh = Makan Tiada bergigi
5. Gelor = cakap
6. Gamok = Agak
7. Guane = Macam mana
8. Gelego = Pelapik lantai
9. Gerohok =
10. Gelegang = hitam sangat
11. Genere = Tidur lena
12. Grepok = sakat
13. Gege = bising @ hingar bingar
14. Gonyuh = gosok
15. Gedobouh = saiz pakaian @ kasut besar tak sesuai dengan saiz badan @ kaki
16. Gedebok = gemuk
17. Gomo = gaduh @ kelahi
18. Gayat = Perasaan takut jatuh ketika memandang ke bawah dari tempat yang tinggi
19. Gondoh =
20. Gendong = pikul sesuatu dibelakang
#
H
1. Hampuras = Tak guna
2. Honcuh = Hulur @ jolok
3. Hengkoh = Bawa sesuatu yang berat
4. Homis = mulut murai
5. Hogoh = goyang
6. Hempeh = Letak pakaian kotor berselerak
7. Hempok = Pukul
8. Huwing = Hayun yang kuat
9. Herok = Bengkok
10. Hapuh = tiada apa-apa
11. Habat = kotor
12. Hancing pering = bau air kencing yang sangat tidak menyenangkan
13. Hancur Kelebo = hancur sangat
14. Hantap = Berat
#
I
1. Indek = pijak (Lesung indek)
#
J
1. Jengko = Capai
2. Juweh = Mengerakkan Bibir
3. Jeluwok = muntah
4. Jejek = basah
5. Jelom kepala =
6. Jenuh = puas
7. Jaman Rentu = Zaman Dulu
8. Jas = buah-buahan yang gugur ke tanah terlalu banyak dan di biarkan
9. Jonga = kedudukan bibir akibat gigi tak sama
10. Jerekoh = sergah
11. Jamoh = jamah @ rasa
12. Jeghu = penjuru rumah
#
K
1. Kerayan = takut
2. Krobet = basuh punggung lepas berak
3. Kronyih =
4. Krupeh =
5. Kejulo =
6. Kaypong = Gigit
7. Kanyo = Terasa malu yang amat sangat
8. Klentong = Tipu
9. Kempok = Dodoi
10. Kuwok = Kuis
11. Kaysut = beralih dengan kaedah punggung sahaja
12. Kelulor= betis yang kejang otot
13. Keraa' = budak kecil menangis kuat tak boleh dipujuk
14. Keloret = kedekut
15. Keknye = Tapinye
16. Kohok = Letih
17. Kepat = Hisap
18. Kengkang = ?
19. Kepik = Kemek
20. Keto Geleigeh = sejuk sangat
21. Keladu = kelkatu
22. Kekiak = anai-anai
23. Kohok = letih
24. Kemayo = berpinor
25. Kepok = tempat simpan padi
26. Kekalu = emping daripada padi muda
27. Kampo = kumpul
28. Kaghok = nyalaan api daripada buluh
29. Ketegor = kena sampuk
30. Keruwok = berlubang (buah) ditebuk tupai dll.
31. Kederat =tenaga
32. Kiteh = jom pergi
33. Kemut = Kedekut
34. Kekoh = gigit
35. Kelimat = jimat cermat
36. Kelepek = lipat
37. Kome = Kamu
38. Kaweih = Keh, Kah, saya
#
L
1. Lehe =
2. Lonye = Lusuh
3. Lencik = Lecah
4. Lantak = Ikut sesuka hati
5. Lerok = Letak pakaian basah berselerak
6. Lauh = panggil
7. Lehik = melekit (selalunya dikata pada masakan manisan labu)
8. Lempung = Ringan
9. Longkoh = Buah mudah dikupas @ bebas daripada kulitnya
10. Lat = selang
11. Lepe = Lalai @ leka
12. Lonjong = panjang
13. Leco = coho = kawasan berlumpur @ lecah
14. Lembe = lemah
15. Lutu = langgar
16. Lece = tilam
17. Lauh = panggil
18. Lambo = beranda dari buluh yang tidak beratap
19. Lumo = sapu
20. Lemo = Kuih-muih yang telah masuk angin
21. Lede = letak ikut dan
22. Lenuk = asyik
23. Lempik = basah
24. Labuk = kebanyakan
25. Lempo = buang
#
M
1. Merenye = Seram
2. Mengko = bengkak merening
3. Merunjat = berjalan
4. Meretuh = Tidur
5. Matnye = Kenape?
6. Mengkedarah = Makan berlebihan
7. Mangkuk Kocok = Bekas basuh tangan
8. Merelik = Berkilau
9. Menciput = lari lintang pukang
10. Menonung = berjalan tak tentu hala
11. Menge'tung = Mengarah
12. Merapak = bunyi bising
13. Mengkelan = Makan nasi tersekat dan perlu dibantu dengan air minum
14. Menjola = Tinggi sangat
15. Monte = Gemuk
16. Moyot = Lemah
17. Mereso = meredah
18. Mupo = berkubang
19. Mengaro' = berjalan dalam air paras pinggang
20. Meme = diusik mudah nak menangis
21. Menjeghu = datang
22. Merebek = membebel
23. Merening = Keadaan yang membesar/membengkak hingga berkilat
24. Mengke = Oleh itu
25. Menyaso = nyaris terbabas
26. Menengko = bunyi kuat
27. Monyo = Lembik
28. Melenging = panas sangat
29. Merelong = melengkung, melendut
#
O
1. Ogek = Goyang
#
P
1. Palo = Biar
2. Pepalih = Belampo = Melampau
3. Pesot = koyak
4. Pengko = Bengkok
5. Pedo-oh = Tipu
6. Por = Dompet
7. Pelangkong = Ketuk
8. Pancas = 1. Tebang anak kayu 2. gulai rasa tak sedap
9. Pungko = Kayu tinggi reput tidak berdaun menunggu hari untuk tebang
10. Pukoh = rosak
11. Penyek =
#
R
1. Rompung = Berlubang atau koyak
2. Rempong = Berbelit
3. Royat = Cakap
4. Rebih = Koyak
5. Raban = haru baru
6. Ralit = leka @ asyik
7. Rengkok = Riuh Sungguh
8. Rungkeh = Panjat
9. Rodong = Kawan
10. Rongok = gigi kanak-kanak makan di ulat
11. Rempe = buat kerja main redah aje
12. Radok = jolok
13. Renceh = memotong sayur @ anak2 pokok
14. Relih = petik
15. Racuk = rasa @ ambil gulai dengan tangan (tanpa sudu)
16. Reti = pandai
17. Rabak = Koyak besar
18. Rohong = wangi
19. Repih = mematahkan anak pokok dengan tangan
20. Roncoh = Rodok
#
S
1. Sempuweh = Comot
2. Sempelet = Terlalu Kotor
3. Songe = Tembakau di Tenyeh pada gigi
4. Sengkeh = Ketuk dengan jari
5. Sior = Lonjot @ bekas tingkat nasi/lauk
6. Senyo = Kebas
7. Seroh = Tanah kubur runtuh @ berlubang
8. Selut = Lumpur
9. Sengor = Suara bunyi di hidung
10. Serum = Mandi dengan rendaman pelbagai jenis daun
11. Suge = Hantuk
12. Sibat hari = waktu dekat maghrib @ senja
13. Senuh = Nak pergi ke sana
14. Siteh = Nak pergi ke situ
15. Sembat = ambil pada orang tanpa izin
16. Semak berdaung = Semak sangat
17. Seloro = bergurau
18. Sulo = hala
19. Saksibo = pepatung
20. Sekale = biasanya
21. Seketeh = sikit
22. Sabok = Tempat memasak kenduri
23. Sekoh = dahan patah
24. Sede = calang-calang
25. Sebok = air anak sungai tak mengalir ke sungai utama akibat banjir
26. Sulo-galo = salasilah keluarga
27. Sidang hujan = Hujan mula berhenti
28. Sengut = sunyi
29. Sedao = sebaya
30. Sengkang = Kaki di palang ke atas badan orang lain yang sedang tidor atau berbaring
31. Senduh = iring lembu ke kandang
32. Selongko = Selongkar
33. Sempo = Tebal muka
34. Siat = Koyak
#
T
1. Tekancheh = Terperanjat
2. Teberenyih = Terbiar
3. Tekeele = Terlintuk
4. Tesongke = Terkeluar panjang
5. Teperuk = Terasing
6. Tumpe = Tolak
7. Tepelehuk = termasuk kalau najis
8. Tejeluwok = Muntah
9. Tejulo = Terkeluar
10. Terkayle = Terlentuk
11. Tating = mengangkat sesuatu benda dan menahan dalam kedudukan tinggi
12. Tengkoh = Ketuk
13. Teperesut = Merajuk
14. Tak Kemeroh = Tak Pandai @ Tak boleh harap
15. Tersempe' = Menyibuk
16. Tergelasok = Tergelincir
17. Terukop = Tutup
18. Tejer = ejek
19. Tak Berdecit = Tidur tak sedar khabar
20. Togok = Teguk
21. Tercokoh = Terpacak
22. Tak Berhemet = tak senonoh
23. Takir = Menetak kayu dengan parang
24. Timbok = perbuatan mencebok dan melepaskan semula kuah gulai atau kuah sayur lemak berkali-kali ketika memasak
25. Teraq = Masuk secara paksa
26. Tingkeh = Keadaan baju tinggi-rendah akibat salah pakai @ kancing butang baju nya
27. Tebangkok = besar sangat
28. Temelang = busuk
29. Tekrenying = Riak muka akibat kepanasan atau rasa malu
30. Tekoce = tercabut sendi
31. Tak Berdekuh = Tiada langsung
32. Tengah Mehalak = Di tengah kawsan orang ramai atau tengah rumah
33. Tunje = Tendang
34. Tejerepok = terserempak
35. Tanggoh = Dongak
36. Tungke = hidupkan api dapur kayu
37. Tungo = sejenis serangga yang suka menggigit di tempat pusat perut atau rongga badan yang tersembunyi
38. Tepua = terlopong
39. Tekelewih = terjuntai
40. Teladas =
41. Tedegoh =terhantuk
42. terkelipok = tersepak/tersandung
43. terpeliut = terseliuh
44. Tak ghot = tak daya
45. Toho = cetek
46. Tekih = terlalu sempit
47. Tergeleceh = tergelasak @ tergelincir
48. Tunto = Tuang
49. Tunggek =
50. Tonyuh = Tenyeh
51. Tak berkeseh = tak cakne @ cakap tak tentu hala
52. Tawar hebe = tawar sangat
53. Tak menggabat = tak mengapa
54. Terjegheloh = terjereloh @ terjatuh dalam lubang
55. Tepek = lekat
56. Tehencet-hencet = berjalan kerana sakit
57. Terang melangkang = lapang
58. Tak sek = tak sudah
59. Telanjang boling = Telanjang bulat
#
U
1. Upor = Gentel sesuatu seperti daun sehingga lumat
#
W
1. Wok = panggilan manja
2. Waktu Nari = Waktu awal pagi @ waktu bersahur
3. Waktu Sibat Hari = Senja
#
nie pun aku amik dekat post group "anak-anak lipis" nak share dengan korang semua~hehehe thanks pada yang post tu~
0 comments: