• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • +hαti+jiwα+lukα+™ nak cakap pasal cerita tentang kita~

    Monday, June 13, 2011

    penat nye~~adoi~letih jugak hari nie~nak cerita ape pulak erk?hehehe~ketandusan idea dan keserabutan melanda hati~hurmm~think of someone actually~LOL~!!haha tapi sedih jugak sebab orang tu....its a long story.....



    al-kisah bermula pada 2 tahun lepas...perkenalan secara tidak sengaja itu telah menemukan aku dengan seseorang yang aku tak sangka- sangka akan mengubah hidup aku...perkenalan melalui internet ini telah menemukan aku dengan si dia yang aku sayang even sampai sekarang...

    suatu pagi hening...perbualan melalui 'YM' telah memulakan tabir persahabatan kitorang...she's a great gurl...nice..warm..always smile...hari bersilih ganti...hubungan kami makin rapat...dari internet kami bertemu di dunia nyata...berasal dari tempat yang sama..tempat belajar yang sama...tetapi tak semua yang kita harapkan akan jadi kenyataan...hati dan perasaan tidak boleh di paksa..

    nukilan aku ini bukan hendak memalukan si dia...maafkan aku kalau kamu ada terbaca kisah ini...sekadar perkongsian pengalaman dan aku harap luahan aku ini dapat kamu terima...

    pertemuan sebelum pulang berhari raya 2 tahun yang lalu masih terbayang oleh aku hinggakan ke saat ini...kamu memang baik...sepanjang malam aku habiskan masa dengan kamu dan rakan-rakan kita sangat bermakna...aku ingat lagi saat kamu kesejukan...baju sejuk aku membaluti tubuh kamu dan aku berterima kasih kamu menerima pertolongan itu dengan aku disambut dengan senyuman kamu yang manis itu...aku menghantar kamu ke stesen bas pagi tersebut dan aku bersyukur yang kamu masih ada menunggu aku di situ...aku masih ingat lagi yang kamu ada katakan yang muka aku berseri-seri pagi itu...memang aku gembira...sebab akmu menerima aku dengan hati kamu yang terbuka...

    setiap malam kita berbual sehinggakan terpacul satu persoalan yang aku harapkan dan aku tahu kamu harapkan juga...tetapi akibat dan kesannya aku fahami...aku tabahkan hati aku menerima kamu di dalam hati aku ketika itu...puas aku fikirkan...dan aku sanggup menerima akibat itu demi kamu...

    aku tahu kamu mesti berbelah bagi menerima aku dalam hidup kamu kerana hati kamu bukan hanya untuk aku...aku tahu kamu inginkan aku hadir dalam hati kamu...maafkan aku...

    segala suka duka...perangai tidak matang aku membuat kamu jelik..aku tahu...bukan itu yang kamu harapkan dari aku...perasaan cemburu mencengkam sanubari aku...tak dapat aku kawal perasaan ini...maafkan aku...tiap saat aku terkenang kenangan manis kita bersama..setahun lamanya bertaut hubungan kita tapi...aku lepaskan kamu pergi akhirnya kerana aku tak sanggup melihat kamu terus merasakan diri kamu bersalah...fikiran kamu selalu berkecamuk...maafkan aku...aku rela melihat kamu di samping orang yang lebih kamu sayang...

    da setahun lamanya kita tidak sehaluan...hubungan kita yang mula kembali baru-baru ini aku harapkan akan berkekalan...walau hanya sebagai kawan...aku gembira kalau kamu gembira...aku tak mahu jadi perampas...takdir jodoh pertemuan di tangan Yang Maha Esa...

    hehe~panjang jugak entry aku nie~just to share something...huhu~maybe nie macam kisah hidup aku...nak aku share dengan korang..aku penah harungi masa gelap dalam hidup aku sampai tahap aku pikir tak nak hidup da~tapi aku bersyukur sebab sekarang aku da boleh berfikir ape yang terbaik...huhu dari takde idea nak menaip-penuh jugak la~hohohoho~CHIOW~!!!












    0 comments:

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...