• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Teknik Untuk Memelihara Perhubungan Dengan Orang Yang Disayangi

    Saturday, December 4, 2010








    1. Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau
    didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap
    perhubungan anda dengan si dia.

    2. Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan
    atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.

    3. Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak 
    pasti perbuatan anda buat itu melukakan hati si dia, seperti
    menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan 
    teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan 
    menjunam turun.

    4. Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang 
    tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini
    akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk 
    pun boleh lah.

    5. Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana 
    impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.

    6. Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia 
    boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.

    7. Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi 
    adalah kunci kebahagian.

    * * * Rahsia dihati tiada siapa yg tahu..* * * 

    Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga &
    Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda..........

    Tidur dalam satu selimut bersama isteri..

    Dari Atha` bin Yasar:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang
    berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab
    Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.'' Sabda Rasulullah, ''Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.'' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur).

    Memberi wangi-wangian pada aurat

    Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah ).

    Mandi bersama isteri

    Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami( ke dlm bejana tesebut )." ( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ).

    Disikatkan oleh isteri

    Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid". ( Hadis Riwayat Ahmad ).

    Minum bergantian pada tempat yang sama

    Drpd Aisyah r.a, dia berkata:"Saya biasa minum dari cawan yg sama
    walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ).

    Membelai isteri

    "Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersam sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam ditempatnya." ( Hadis Riwayat Ahmad ).

    Mencium isteri

    Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah
    mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad ).

    Berbaring di pangkuan isteri

    Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian
    beliau membaca Al-Quran." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ).

    Memanggil dengan panggilan mesra

    Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg disukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima).

    Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra

    Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: ''Wahai Tuhanku, Tuhan
    Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku &
    lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ).

    Memberikan hadiah

    Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,''Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi
    telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika
    hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya
    kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad )

    fuh~!!pening~~!!

    Friday, December 3, 2010
    pening gler bler nak wat blog nie....pusing saner,pusing snie....last2 xjd2 gak....haha ingatkan senang cam fb jewp...tp blog nie perlukan kesabaran yg tggi rupenyew...huhuhu



    tp xpew...skunk aku da master sket da pasal blog nie...n skunk aku nak trus kan explore lagi dunia blog  nie...hehe..hari nie nak ckp pasal pew erk?erm...my life will start to be in hell back...haha..camner la pasnie...bleh kewp aku harungi hari2 mendatang yg kelam dan sukaar ditempuh nie...cam payah jewp...tp xpew...aku tgok owg laen relaks jewp....so0 aku pown kne relaks n maintain ko0l...redah kasi pecah jewp...hahahaha gambate~!!

    so0 aku nak mengisi lagi blog aku nie n hope blog aku dpt berikan viewers aku pengalaman dan ilmu.huhu....tolong la aku erk kalo adew papew yg aku xtaw k...adios amigos~

    ~fai~


    ~welcome 2 my blog~

    Wednesday, December 1, 2010
    perghh...first time bg aku wat blog nie...owg slalu ckp kat aku "jom la jd bloggers".aku p[own pening gak mula-mula..best ke maen bnda nie...tp tgok2 aku da establish blog aku sndri da...hehexla la pandai sgt tp...stakat nak taip2 nie bleh la...

    herm....ble berckp pasal taip2 nie...ape yg bleh ktew tulis?mcm2 yg bleh ktew tulis sbnarnyew...kebenaran,fitnah,cakap2 kosong semua ktew bleh tulis...zaman da brubah,kalo dlu ktew tgok makcik2 dowk lepak ramai2 kat tgga umah dowk bercerita la,adew gak yg ckp pasal hal owg laen la(tambah berbakul lagi dosa...haha) adalah senario yg dapat ktew tgok.tp skunk dgn zaman teknologi tanpa sempadan nie,makcik2 da x bergosip kat tgga da,semua dowk layan facebook jewp kat umah.nampak x perubahan yg berlaku nie...macam blog gak,mcam2 ktew leh kongsi,adew yg baek n adew yg buruk.pandai2 la ktew berfikir perkara yg nak di tulis...bg aku ape yg aku lalui...insyaAllah aku akan kongsi ngun korang,same2 la ktew berkongsi ilmu n pengalaman dgn peluang ytg adew nie k...

    aku nak ckp pew g ea?hehe...bnyak da tulis nie...so0o0...akhir kate welcome 2 me n welcome 2 u guys yg sudi nak tgok blog aku...hehe

    ~adios~

     ~fai~
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...