• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • +hαti+jiwα+lukα+™ trip pergi cameron~ hehe

    Tuesday, November 22, 2011






    another trip lagi baru-baru nie..hehe daripada ajakan member serumah yang nak pergi rumah orang kawen dekat sungai koyan 1 Raub Pahang...terus bermulanya satu lagi trip ke tempat peranginan iaitu...."CAMERON HIGHLANDS!!!" hehehe


    mayo tengah try 'camera' die haha


    bob dengan apek kekenyangan


    semua tengah tunggu nak jumpa pengantin hehe


    nie la pengantin tuh~



    awal-awal pagi lagi budak-budak nie dah bising suruh bangun awwal sebab nak kena konvoi pergi sg.koyan,ada la dalam 7 bijik kereta jugak termasuk la bos budak-budak nie...sampai-sampai je dah masuk zohor ...lepas tu aku fikir balek...'' hurm....dah dekat dengan cameron dah nie...baek ajak budak-budak nie naek atas...dengan mayo tengah giler nak makan durian lagi hehehe" lepas je abes kenduri tuh terus ktowg gerak pergi sana...jalan slow je tak nak la laju-laju sebab jalan pun tak la elok sangat..sampai-sampai lokasi pertama sekali mesti la strawberry farm kan,tak sah kalo pergi sana tak pergi strawberry farm...hehehe walaupun dah berpuluh kali dah pergi hahaha
    bos apek lepas tuh ada ajak pergi lepak minum teh dekat 'BHARAT TEA HOUSE'...kitorang on je sebab bos nak belanja kan hehe


































    untuk lepaskan gian mayo (aku pun sekali...haha) kitorang singgah sekejap dekat ringlet sebab nampak durian orang asli jual murah...kaw-kaw kitorang balun haha best giler...then, ada india nie biler dapat durian yang kuning lemak macam kena jackpot!

    haha best giler trip nie & memang aku nak pergi cameron lagi lepas nie hehehe tak puas lagi nak explore cameron nie...kena pergi lama-lama sikit baru best~ 


    MAT LUTHFI punyer cerita...

    Thursday, November 17, 2011
    benda nie dah lama aku tengok pasal sorang mamat nie nama dia MAT LUTHFI...aku  jadi tertarik nak wat entry pasal die sebab baru2 nie membe aku jadi gila tengok video die la pulak...haha aku pun tengok la balek video-video die nie....hehe tapi aku 'respect' die nie sebab die dengan selamba badak die je duduk cakap depan video & bila kita fikir balek,benda nie memang menarik...satu cara perkongsian maklumat & luahan perasaan yang agak 'co0l'.




    aku tak heran kalau mamat nie memang 'famous' sekali pun sebab die boleh dikatakan lawak & sengal jugak laa...hehehe walau apa-apa pun bro~aku nak cakap satu benda jee...aku memang kipas-susah-mati ko ! hehe

    ~review AKU BUKAN TOMBOY ~

    tak pernah lagi aku bersemangat nak tulis review cerita lagi-lagi cerita melayu yang kadang-kadang kurang menarik minat aku nak buat review...setakat tengok & layan boleh laa...tapi semalam aku dengan budak rumah aku ada la pergi ke GSC Alamanda,Putrajaya untuk tengok satu cerita nie.."AKU BUKAN TOMBOY" garapan Shamsul Yusoff yang mula-mula aku rasa menyesal beli tiket sebab start cerita dah mula hambar & slow...tapi semakin lama aku tengok cerita nie mula dapat bawa penonton masuk ke dalam cerita nie...dengan seribu satu perangai..haha it's funny bila tengok lakonan Sam yang boleh tahan hebat...banyak feel tuhh...hehe lakonan yang best di tambah dengan jalan cerita yang memang cantik 'flow' & ada 'feel'...






    adakala kita selalu nilai orang melalui luaran sahaja tapi memang betol macam apa yang kita dapat tengok dalam cerita nie yang walaupun rupa kita seperti TOMBOY tapi sebenarnya ada sudut lembut yang kita dapat lihat dalam diri seseorang tu..walaupun kita nampak seperti lembut tetapi adakala kita ada sudut 'keras' seseorang itu...hehe hanya pendapat aku ajee...bagi aku cerita nie aku boleh bagi  4.5/5 laa hehe..


    cerita nie bagi aku kalau Shamsul buat 2 'ending' pun dia dah untung dah sebab bila habis je cerita nie kita jadi tertanya-tanya tentang 'ending' cerita nie yang Farisha(Scha) pilih Harry(Sam) a


    tau Burn(Shamsul)...cuba bayangkan bila ada 2 'ending'...penonton boleh masuk tengok cerita nie dua kali....UNTUNG LAAA hehehe nie pendapat aku jee...hehe
    aku nampak filem melayu hari nie dah melangkah ke  satu era baru bermula dengan "Jangan Pandang Belakang"...kita pun patut sokong cerita melayu yang ada di pawagam tapi bagi pengarah & penerbit pun jangan la buat cerita setakat 'Melepaskan Batuk di Tangga' sebab bagi peminat yang datang nak tengok cerita yang menarik & berkualiti...tak la membazir beli tiket wayang mahal-mahal kan? hehe apa-apa pun terpulang pada diri masing-masing untuk menilai sebab setiap orang ada pandang masing-masing...




    jom tingkatkan trafik blog~ hehe

    Wednesday, November 16, 2011
    tadi ada sorang membe bagi link blog nie gelakje.com then aku pun ternampak la satu post nie...



    Cara Baru Tingkatkan Trafix ke Blog Anda

    Korang cari traffik? Kecewa dengan traffik korang yang sekejap naik sekejap turun, atau tak naik naik tu? Kita sama! Korang mesti kerap cari cara nak menaikkan traffik tu kan. Apa kata sekarang ni kita cuba cara lain pulak. Cara ni bagi Saya memang tak pernah tengok lagi, tapi best!Saya jumpa cara ni kat Blog [LUQMAN] dan Blog Luna ..Jom try cara ni! Cara cepat menaikkan traffik blog korang!
    p/s : baca entri ni sampai habis dulu sebelum buat
    Cara nya begini:
    - Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik.
    - Korang hanya cuma perlu meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web korang.
    1. mizz shizu
    2. Myself V3 Me &
    3. Blog Hanz
    4. BiMies’s WoRLd
    5. Farah Shafiqah
    6. Qila Razak
    7. CekLa
    8. Miss Yaty
    9. Magrib Menjelma
    10. Bila Luna Berkata Kata
    11. Putera30 Photographer
    12. Internet Tutorial
    13. [LUQMAN]
    14. GelakJE!
    15. +hati+jiwa+luka+
    PERATURAN!!!
    1. Sebelum korang meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog korang, sila hapuskan link nombor 1.
    2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya.
    3. Setelah itu masukkan link korang di urutan bawah (No.15).
    ***So urutannya jadi mcm nie
    1. Myself V3 Me &
    2. Blog Hanz
    3. BiMies’s WoRLd
    4. Farah Shafiqah
    5. Qila Razak
    6. CekLa
    7. Miss Yaty
    8. Magrib Menjelma
    9. Bila Luna Berkata Kata
    10. Putera30 Photographer
    11. Internet Tutorial
    12. [LUQMAN]
    13. GelakJE!
    14. +hati+jiwa+luka+
    15. LINK BLOG KORANG KAT SINI!!!!
    4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
    Bila posisi korang pada no.15, jumlah backlink = 1
    Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
    Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
    Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
    Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
    Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
    Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
    Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
    Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
    Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
    Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
    Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
    Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
    Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
    Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
    Kita sama-sama cuba jaya okk….

    SELAMAT MENCUBA!!!

    ***Ingat…jangan menipu…tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak… Pastu Jgn Lupa promote link entry ni.. kt member2 korang.. lagi byk lagi bagus.. kalau sehari promote kat 100 blog mungkin yg buat 10% jer maknenya dalam 10 org yg buat… ingat lagi byk backlink kiter… lagi tinggi rating kiter kat google..

    HAHA!! Cara nih ala2 MLM kannn??



    macam best kan?hehe selamat mencuba ~!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...